Hari Bertemu Pelanggan SPANS

Hari Bertemu Pelanggan SPANS

Hari Bertemu Pelanggan SPANS

thumbnail
Tarikh Acara: 
26/10/2013 (Sepanjang hari) hingga 27/10/2013 (Sepanjang hari)
Jenis Acara: 
Acara Am

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Pameran Sempena Tamu Besar Kota Belud, di Tapak Tamu Mingguan Pekan Kota Belud pada 26 hingga 27 Oktober 2013 bermula jam 08.00 pagi hingga 09.00 malam. Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri sekitar Daerah Kota Belud dan Daerah-daerah berdekatan yang mempunyai sebarang kemusykilan perkhidmatan atau pertanyaan berkaitan dengan fungsi SPANS adalah dialu-alukan dan dijemput hadir beramai-ramai ke gerai pameran SPANS.