Wawasan Malaysia, Wawasan 2020 membawa rakyatnya menjurus kepada mencapai status negara perindustrian dan pesat membangun. Segala usaha akan disalurkan ke arah negara yang bersatu padu, masyarakat demokratik yang berpegang teguh kepada nilai kerohanian dan keagamaan; masyarakat yang liberal dan toleransi; saintifik dan progresif, inovatif dan berwawasan.

Falsafah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah perkembangan lanjut ke atas potensi individu-individu melalui cara integrasi dan holistik, disamping menghasilkan individu-individu seimbang serta harmoni dari segi intelektual, spiritual, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha sedemikian direka untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berdaya saing, seseorang yang memiliki tahap ketinggian moral, dan seseorang yang bertanggungjawab serta berkebolehan dalam mencapai tahap keterampilan diri terbaik disamping menyumbangkan kebaikan dan harmoni terhadap keluarga, masyakat dan negara secara amnya.