Sabah: Lebih 500,000 pelajar menyambung semula sesi persekolahan

Sabah: Lebih 500,000 pelajar menyambung semula sesi persekolahan

Sabah: Lebih 500,000 pelajar menyambung semula sesi persekolahan

thumbnail

KOTA KINABALU (10/01/2022): Seramai 536,395 pelajar menyambung semula sesi penggal ketiga 2021/2022 di sekolah hari ini di 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah di Sabah, kata Pengarah Pendidikan negeri Datuk Dr Mistirine Radin. Ini melibatkan seramai 320,912 pelajar rendah dan 215,483 pelajar menengah.