Kontena Pembelajaran
Kontena Pembelajaran
Kontena Pembelajaran
Tarikh Dipaparkan:
24/09/2013
DARI pandangan kasar, tiada yang luar biasa mengenai sebuah kontena kargo sembilan meter yang terletak di Pangsapuri Enggang, Puchong. Sejurus melangkah masuk ke dalam, anda pasti akan kagum dengan suasana "kelas" yang dilengkapi barisan komputer-komputer yang disusun rapi. Tambahan lagi, ia juga dilengkapkan dengan penyaman udara, dimana ia dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa.