MAKSAK Malaysia Day Run - State Civil Service 2013

MAKSAK Malaysia Day Run - State Civil Service 2013

MAKSAK Malaysia Day Run - State Civil Service 2013

Event Date: 
07/09/2013 - 7:00am
Event Type: 
General Event

Larian Hari Malaysia MAKSAK - Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah (MAKSAK-SABAH) akan menganjurkan Larian Hari Malaysia MAKSAK - Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2013 sempena Hari Malaysia pada 07 September 2013 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi. Jarak larian ialah sejauh 5 kilometer dan Larian ini akan bermula di Ruang Letak Kereta Pusat Perdagangan Sabah ke Tasik Kompeks Sukan Likas dan kembali semula ke Ruang Letak Kereta Pusat Perdagangan Sabah. Larian Amal ini dijangka akan dirasmikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri, merangkap Presiden MAKSAK Sabah dan Penaung Larian Amal Sempena Hari Malaysia berkenaan.

2. Matlamat Larian Amal, disamping untuk mengumpul dana Kelab REKA dan membantu mana-mana Pertubuhan Amal di Negeri Sabah ianya juga adalah bertujuan untuk menghidupkan semula budaya bersukan dan berlari dikalangan rakyat amnya dan anggota Perkhidmatan Awam khususnya.

3. Larian ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia di Sabah yang membuat kutipan derma sekurang-kurangnya RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua puluh sahaja) melalui jualan Kad Larian Amal. Kad ini boleh diperolehi daripada Tuan Hj. Ag. Herman Ag. Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Jualan Kad Larian Amal, melalui email AgHerman.AgTahir@sabah.gov.my atau di talian 088-260161 Ext. 136

KATEGORI LARIAN

1.Pelajar Lelaki ( Menengah dan Rendah)

2.Pelajar Perempuan ( Menengah dan Rendah)

3.Tebuka Lelaki

4.Terbuka Wanita

5.Veteran Lelaki 41 tahun ke atas

6.Veteran Wanita 41 tahun ke atas

 

HADIAH LARIAN SEMUA KATEGORI

Johan – RM 500.00 + hamper

Naib Johan – RM 300.00 + hamper

Ketiga – RM 200.00 + hamper

 

10 Hadiah saguhati setiap Kategori

 

Disamping itu Urusetia Jawatankuasa Larian juga telah menyediakan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi melalui cabutan tiket bertuah, pemberian T’Shirt kepada mana-mana penderma yang telah membuat kutipan melebihi RM50.00 dan ke atas. Gerai jualan dan senamrobik akan diadakan pada tarikh berkenaan.